Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..
Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.
Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..
Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawapannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..
NAME :...........
SEX:............
Class :..........
Subject :..........
Sumber : lawakjenaka.blogspot
Ini artikel serius. Jangan terpengaruh dengan cerita di atas. Cerita tu tak lebih daripada sekadar set induksi. Walaupun ini sebuah kisah lawak mengenai seorang ibu moden yang bodoh, namun moral yang terselit amat mendalam.Ya, jika anda berada dalam situasi si ibu dan ditujukan soalan bonus sebegitu, apa yang anda harus lakukan?
A. Beri jawapan sebijik macam ibu MITHALI yang diatas
B. Berdiam diri atau buat 'dont know'
C. Buat-buat tak dengar dan menukar topik lain
D. Pulas telinga anak dan beri amaran supaya tak bangkitkan isu itu lagi
E. Suruh tanya cikgu kat sekolah
Aku rasa dengan iklim rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang penuh dengan adab ketimuran, jawapan C,D dan E memang jadi pilihan parent. Dan lebih dahsyat jika bagi jawapan E, play safe dengan menurunkan kuasa dan menambah beban kepada cikgu-cikgi macam aku di sekolah. Yela, cikgu kan bijak, mesti dapat bagi jawapan berhikmah lagi berhemah.
Memang diakui isu ni amat sensitif untuk dibincangkan secara terbuka. Isu Seks sudah menjadi taboo dalam masyarakat. Baru-baru ini apabila kerajaan ingin memperkenalkan Pendidikan Seks di sekolah, rata-rata masyarakat melenting tanpa sebab-munsabab.
Masalah seksual remaja makin berleluasa. Kes seks bebas, anak luar nikah dan buang bayi makin parah ibarat kanser tahap super kronik yang perlu dirawat segera. Justeru, kerajaan wajib melakukan sesuatu yang drastik. Jadi, pengenalan Pendidikan Seks di sekolah mungkin jawapannya. Persoalannya, betulkah tindakan tersebut dan relevankah untuk diaplikasikan di negara ini?
Namun, tetap ada pro dan kontranya. Setiap aspek haruslah deteliti dan diselidiki sehalus-halusnya sebelum diserapkan dalam kurikulum sekolah. Jangan diakibatkan kesilapan menilai, hasilnya mejadi lebih parah dan menimbulkan masalah baru. Sama seperti PPSMI yang aku rasakan gagal, jauh sekali menyelesaikan masalah. Perlu diingat, Sex Education dah lama diperkenalkan di Barat khususnya Amerika Syarikat dan kita sedang meniru kaedah mereka. Lihatlah generasi muda US, adakah itu yang kita inginkan?
Setelah merujuk lebai google, aku dapat maklumat yang menarik. Penyelesaian yang lebih islamik. Abaikan model barat yang semborono. Islam is the perfect way of life. Menurut Dr Abdullah Nasih 'Ulwan dalam kitabnya Tarbiatul Aulad fi Islam (Pendidikan Kanak-kanak dalam Islam) Pendidikan Seks memang perlu didedahkan kepada anak-anak tetapi diletakkan di tempat terakhir (last priority) dalam tanggungjawab terbesar seorang pendidik.
Persoalannya, sekiranya ingin menerapkan pendidikan seks kepada kanak-kanak, adakah kita telah melaksanakan keenam-enam tanggungjawab lain yang telah disenaraikan terlebih dahulu dan sejauh manakah kita melaksanakannya. Sudah sempurnakah didikan anak-anak dari segi iman, akhlak, fizikal, intelektual, psikologikal dan sosial sebelum cukup matang untuk didedahkan dengan aspek seksual? Apepun, aku harap kerajaan membuat keputusan yang bijak. Akhir kalam, aku pinjam kata-kata Bang Amat Abil, ada telinga dengar, ada mata lihat, ada akal LU PIKIRLAH SENDIRI. Anda yang menentukannya dan maaf atas segala kekhilafan dalam artikel serius ni.
p/s : yang sebenarnya aku pun tak pernah baca kitab tu.
No comments:
Post a Comment