Thursday, July 15, 2010

Muhasabah yang munasabah


Untuk mengekalkan produktiviti blog ni, entri baru yang malar segar harus ditulis. Gua target seminggu satu entri, tapi dengan kesebukan praktikum sekarang agak sukar untuk direalisasikan. Jadi, pagi2 buta waktu habis mengarang 'lesson plan' adalah masa yang paling sesuai untuk dimanfaatkan. Siang hari mustahil, sibuk bangat. Gerak ke sekolah pagi berembun sampai pukul 2. Balik -Tidor. Petang, tidor lagi. Malam aktif semula. Pukul 2, 3 pagi baru tidor balik. Begitulah kitarannya. Langsung tak sihat rutin hidup aku.

Esok aku ada subjek Pendidikan Jasmani. Subjek kegemaran ramai. Masalahnya, bebudak asyik nak main bola. Bola, bola, bola. Mentang2 musim World Cup. Pernah aku tanya bebudak kenapa asyik nak main bola. Diorang cakap dah berbulan tinggal. Pelik. Jauh beza dengan zaman aku sebaya diorang dulu. Dulu, masa sekolah rendah, aku tiap2 petang main bola. Walaupun sampai sekarang masih berkakikan bangku, aku puas kerana dapat merasai keseronokan hidup di luar waktu persekolahan. Penuh dengan aktiviti. Bezanya, kat Pahang takde sekolah agama. Diganti Kelas fardu ain (KAFA) yang kedatangannya fardhu kifayah. Sorang datang yang lain tak payah.

Setelah diselidik, ada benarnya cakap diorang. Takde masa. Jadual mereka lebih kritikal daripada aku. Lebih teruk daripada jadual cikgu-cikgi mereka. Dunia mereka hanya semata-mata di sekolah. Rutinnya, habis sekolah pagi pergi sekolah agama petang, malam tidor sebab letih. Waktu bermain yang diperlukan diorang hampir tiada. Walhal, pada peringkat umur ini mereka perlu banyak bermain untuk pertumbuhan dan perkembangan aspek fizikal dan kognitif. Akibatnya, mereka bermain pada waktu yang salah - sewaktu P&P berlangsung. Ibarat untuk memenuhkan lompang kosong dalam hidup mereka.


Sebelum ni, aku memang cukup berasap kalau budak2 bermain time aku mengajar. Nak2 masa kena selia dengan pensyarah. Bengang je. Tapi selepas entri ni ditulis aku akan CUBA sedaya upaya untuk memahami situasi 'malang' mereka dan bertindak mengikut kewarasan fikiran. Kadang-kadang dalam hidup ini kita hanya tahu menyalahkan tetapi tidak cuba untuk memahami. Cubalah memahami situasi, masalah dapat diselesaikan. Sama2 kita BERUBAH!!


No comments: