Thursday, July 15, 2010

Muhasabah yang munasabah


Untuk mengekalkan produktiviti blog ni, entri baru yang malar segar harus ditulis. Gua target seminggu satu entri, tapi dengan kesebukan praktikum sekarang agak sukar untuk direalisasikan. Jadi, pagi2 buta waktu habis mengarang 'lesson plan' adalah masa yang paling sesuai untuk dimanfaatkan. Siang hari mustahil, sibuk bangat. Gerak ke sekolah pagi berembun sampai pukul 2. Balik -Tidor. Petang, tidor lagi. Malam aktif semula. Pukul 2, 3 pagi baru tidor balik. Begitulah kitarannya. Langsung tak sihat rutin hidup aku.

Esok aku ada subjek Pendidikan Jasmani. Subjek kegemaran ramai. Masalahnya, bebudak asyik nak main bola. Bola, bola, bola. Mentang2 musim World Cup. Pernah aku tanya bebudak kenapa asyik nak main bola. Diorang cakap dah berbulan tinggal. Pelik. Jauh beza dengan zaman aku sebaya diorang dulu. Dulu, masa sekolah rendah, aku tiap2 petang main bola. Walaupun sampai sekarang masih berkakikan bangku, aku puas kerana dapat merasai keseronokan hidup di luar waktu persekolahan. Penuh dengan aktiviti. Bezanya, kat Pahang takde sekolah agama. Diganti Kelas fardu ain (KAFA) yang kedatangannya fardhu kifayah. Sorang datang yang lain tak payah.

Setelah diselidik, ada benarnya cakap diorang. Takde masa. Jadual mereka lebih kritikal daripada aku. Lebih teruk daripada jadual cikgu-cikgi mereka. Dunia mereka hanya semata-mata di sekolah. Rutinnya, habis sekolah pagi pergi sekolah agama petang, malam tidor sebab letih. Waktu bermain yang diperlukan diorang hampir tiada. Walhal, pada peringkat umur ini mereka perlu banyak bermain untuk pertumbuhan dan perkembangan aspek fizikal dan kognitif. Akibatnya, mereka bermain pada waktu yang salah - sewaktu P&P berlangsung. Ibarat untuk memenuhkan lompang kosong dalam hidup mereka.


Sebelum ni, aku memang cukup berasap kalau budak2 bermain time aku mengajar. Nak2 masa kena selia dengan pensyarah. Bengang je. Tapi selepas entri ni ditulis aku akan CUBA sedaya upaya untuk memahami situasi 'malang' mereka dan bertindak mengikut kewarasan fikiran. Kadang-kadang dalam hidup ini kita hanya tahu menyalahkan tetapi tidak cuba untuk memahami. Cubalah memahami situasi, masalah dapat diselesaikan. Sama2 kita BERUBAH!!


Monday, July 12, 2010

Ramalanku benar belaka

ESPANA 2010 World Cup Champion
"Viva la espana, ilusion es mi camino, victoria es mi destino"
"Spain forever, hope is my road, victory is my destiny"

Seperti yang dijangka dalam entri sebelum ini, gua punya ramalan Spain 1-0 Belanda sememangnya tepat tanpa ada dakwa-dakwi.
Paul dan gua memang ada KIMIA!!

Sunday, July 11, 2010

Sexkolah

Kisah ibu mithali

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawapannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME :...........
SEX:............
Class :..........
Subject :..........

Sumber : lawakjenaka.blogspot

Ini artikel serius. Jangan terpengaruh dengan cerita di atas. Cerita tu tak lebih daripada sekadar set induksi. Walaupun ini sebuah kisah lawak mengenai seorang ibu moden yang bodoh, namun moral yang terselit amat mendalam.Ya, jika anda berada dalam situasi si ibu dan ditujukan soalan bonus sebegitu, apa yang anda harus lakukan?

A. Beri jawapan sebijik macam ibu MITHALI yang diatas

B. Berdiam diri atau buat 'dont know'

C. Buat-buat tak dengar dan menukar topik lain

D. Pulas telinga anak dan beri amaran supaya tak bangkitkan isu itu lagi

E. Suruh tanya cikgu kat sekolah


Aku rasa dengan iklim rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang penuh dengan adab ketimuran, jawapan C,D dan E memang jadi pilihan parent. Dan lebih dahsyat jika bagi jawapan E, play safe dengan menurunkan kuasa dan menambah beban kepada cikgu-cikgi macam aku di sekolah. Yela, cikgu kan bijak, mesti dapat bagi jawapan berhikmah lagi berhemah.

Memang diakui isu ni amat sensitif untuk dibincangkan secara terbuka. Isu Seks sudah menjadi taboo dalam masyarakat. Baru-baru ini apabila kerajaan ingin memperkenalkan Pendidikan Seks di sekolah, rata-rata masyarakat melenting tanpa sebab-munsabab.


Masalah seksual remaja makin berleluasa. Kes seks bebas, anak luar nikah dan buang bayi makin parah ibarat kanser tahap super kronik yang perlu dirawat segera. Justeru, kerajaan wajib melakukan sesuatu yang drastik. Jadi, pengenalan Pendidikan Seks di sekolah mungkin jawapannya. Persoalannya, betulkah tindakan tersebut dan relevankah untuk diaplikasikan di negara ini?

Namun, tetap ada pro dan kontranya. Setiap aspek haruslah deteliti dan diselidiki sehalus-halusnya sebelum diserapkan dalam kurikulum sekolah. Jangan diakibatkan kesilapan menilai, hasilnya mejadi lebih parah dan menimbulkan masalah baru. Sama seperti PPSMI yang aku rasakan gagal, jauh sekali menyelesaikan masalah. Perlu diingat, Sex Education dah lama diperkenalkan di Barat khususnya Amerika Syarikat dan kita sedang meniru kaedah mereka. Lihatlah generasi muda US, adakah itu yang kita inginkan?

Setelah merujuk lebai google, aku dapat maklumat yang menarik. Penyelesaian yang lebih islamik. Abaikan model barat yang semborono. Islam is the perfect way of life. Menurut Dr Abdullah Nasih 'Ulwan dalam kitabnya Tarbiatul Aulad fi Islam (Pendidikan Kanak-kanak dalam Islam) Pendidikan Seks memang perlu didedahkan kepada anak-anak tetapi diletakkan di tempat terakhir (last priority) dalam tanggungjawab terbesar seorang pendidik.

Persoalannya, sekiranya ingin menerapkan pendidikan seks kepada kanak-kanak, adakah kita telah melaksanakan keenam-enam tanggungjawab lain yang telah disenaraikan terlebih dahulu dan sejauh manakah kita melaksanakannya. Sudah sempurnakah didikan anak-anak dari segi iman, akhlak, fizikal, intelektual, psikologikal dan sosial sebelum cukup matang untuk didedahkan dengan aspek seksual? Apepun, aku harap kerajaan membuat keputusan yang bijak. Akhir kalam, aku pinjam kata-kata Bang Amat Abil, ada telinga dengar, ada mata lihat, ada akal LU PIKIRLAH SENDIRI. Anda yang menentukannya dan maaf atas segala kekhilafan dalam artikel serius ni.

p/s : yang sebenarnya aku pun tak pernah baca kitab tu.



Selera kau dan aku...


Biar orang kata, Paul sutun kurita kurafat.
Tapi aku dan Paul punya selera yang sama, dan aku juga berselera pada Paul
Pergh, kecur air liur teringatkan sutun goreng bersalut tepung cicah kicap pedas...

Friday, July 9, 2010

Rangkuman World Cup 2010 dan kisah seorang kaki bangku



WC10 dah masuk final baru nak tulis citer pasal ni. Apa punya PEMALAS blogger ni!!Ntah kenapa, baru malam ni datang seru aku nak tulis pasal Kejohanan Bola Sepak Terbesar Dunia nih. Walhal, inilah peluang terbaik aku untuk semakkan blog ni dengan entri-entri baru. Bukan selalu weh, 4 tahun sekali je. Sama macam member aku yang sambut birthday 29 Feb setiap 4 tahun. UNIK.

Selama ni, sepanjang 62 games main, aku setakat tengok jeling-jeling gitu je. Rutinnya sama, kalau tak berebut channel ngan Nin (my sista), aku tengok. Kalau tak, aku tido. Besok pagi, tengok highlight. Sapa yang score, assist. Dah. Kalau ada paper baca, tak pun baca
blog bola. Cukuplah info sekadar boleh buat modal berborak ngan orang.

Mula-mula nak start WC dulu memang semangat, siap join fantasy world cup lagi. Tapi hangat2 kertas photostet. Tak kekal. Panas sekejap je.

Banyak sebab yang menyejukkan nafsu bola aku. First, feveret team aku lingkup awal. France memang dah tak se'kaw' dulu. Tapi ko tetap di hatiku selagi team Malaysia tak qualified WC. Sekend, aku malas nak bangun pagi2 tengok bola sorang2. Rugi woh time tido!. Dan yang terakhir aku nak salahkan teman sepermainanku,Azuan sebab gagal untuk belikan aku jersi France away Padang Besar. Hilang mood terus.



Itu semua cerita time cuti, tapi bila dah naik sem, semangat mai balik. Ada rodong2 baru meriah. Kalau ada game, ramai2 keluar tengok bola kat mappley. Fuhh, feel lain macam. Bangun pagi2 pun tak kisah, bilik TV penuh macam buat mesyuarat blok. Pergi sekolah, dengar Cikgu Rosli sembang pasal bola, buat analisis. Aku suka pendapat dia, kalah Shebby 'Bhai' Singh. Terbaek punya!!

WC kali ni gak banyak kejutan dan kontroversi yang mewarnakannya. Bermula daripada isu kelemahan penganjuran,vuvuzela, bola Jabulani yang failed, gaduh player-player, player-coach dan kekalohan awal France & Italy. Dan macam-macam lagi yang tak perlu aku tulis kat sini.

Masuk pulak stage kalah-mati, games jadi lagi syok. Brazil, Argentina kandas. Uruguay tiba2 jadi top. Jerman yang konon2nya luar biasa kalah ngan Spain yang dikatakan 'biasa'. Segalanya UNPREDICTABLE. Aku pun tak jangka Jerman kandas semi sedangkan sebelum ni dia dah 'lauk'kan England dan Argentina.

Tapi yang paling pelik, hanya Paul yang mampu meramalkan Germany kalah di tangan Spain. Tambah pelik beliau adalah warga Jerman. Dan superextra pelik lagi beliau adalah seekor sotong.



Kemahsyuran Paul bermula sejak Euro2008 lagi apabila ketepatan ramalannya sehingga 80%. Namun untuk untuk WC10, kelima-lima ramalannya tepat. Kaki2 judi serata dunia sekarang mula membuat pertaruhan berdasarkan ramalan beliau. Pergh, memang dahsyat dan menyesatkan. Bak kata kawan aku, Paul ialah salah satu dajjal yang bawa fitnah pada akhir zaman. Yang ni lagi khurafat dan sesat. Apa-apapun, WC10 lebih berseri. Dan untuk prediction final, Spain menang 1-0. Belanda akan kekal dalam badi 'hampir juara'.