Thursday, May 20, 2010

Peristiwa 16 Mei


Selamat sebulan hari utk blog ni. Sepurnama yang kosong. Tiada entri2 baru yang mampu menyebabkan kesesakan trafik. Jalan masih lenggang dan sepi. Maaf, aku masih dan sedang berusaha. Dunia blogging ni tak sesenang yang aku sangka. Entri baru lagi lambat dari siput. Sebulan satu entri. Sangat2 tak produktif. Bak kata orang biar lambat, asal tak plagiat. Aku tak rela blog ni dipenuhi isi2 yang super informative tetapi menjaja hasil karya orang lain. Biar blog ni tak berpengunjung dan menjadi tempat bermain jin, janji hasilnya asli. 100% dari aku.

Tahun2 kebelakangan ni barulah aku menghargai apa itu peristiwa 16 Mei. Hari untuk cikgu2. Sebelum ni, di sekolah apa yang aku tau 16 Mei hari untuk bersuka-ria, bersukaneka. Time ni kita boleh lihat another side of our teachers. Macam-macam ragam. Kelemahan cikgu-cikgi terbongkar satu persatu.

Cikgu yang segarang singa dah berubah kepada semanja kucing. Meliuk lentok bersukaneka. Ada pulak yang lemah koordinasi mata dan tangan, nak masukkan kail dalam botol pun lembap mengalahkan budak autisme. Yang gagah bisep berketul-ketul pulak pukul bola tampar mengalahkan nyah. Maaf Cikgu Rashid. Nobody perfect!

Kesudahannya, semua bergembira. Happy ending.

----------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih untuk semua cikgu2 yang pernah mengajar aku tentang kehidupan. Sama ada untuk Mr Ching Kean Lam yang mengajar aku Add Math mahupun Bekok yang mengajar aku mengikat kail dan memasang apollo ketika mengelong. Ilmu yang kalian curah akan diperturunkan kepada anak2 muridku. Semoga kita memperoleh saham daripada ilmu yang bermanfaat kelak.

Tak lupa juga kepada Mat Cool yang menjadi jurupandu fly ketika di SMT dulu dan kepada rakan2 yang mengajar aku bermain daun pakau. Terima kasih dan jangan risau, saham kalian berhenti setakat ni.
-------------------------------------------------------------------------

Tahun ini sambutan hari guru aku unik. Di Ledang, bukan di puncak tapi di kaki gunung. Sambutan bersama BBQ akhir semester opsyen aku. Kami namakan Camp Dinner. Makan sambil bercamping.

Untuk report, bolehlah usyar blog member aku Cikgu Waqi



No comments: