Hari ni secara tak rasminya hari terakhir aku sebagai penuntut semester 7 IPG Tun Hussein Onn. Usai sahaja menjawab kertas Penyelidikan Tindakan jam 11.oo pagi bermakna merdeka sementara menunggu cuti semester. Semester depan merupakan enam bulan terakhir di sini. Enam bulan terakhir sebagai penuntut.
5 tahun di sini kurasakan sekejap, banyak perkara yang masih tertangguh dan belum tercapai. Apabila dikenang, terasa kerugian apabila peluang-peluang yang ada dipersiakan. Ilmu di dada masih banyak kurangnya dan aku masih ragu-ragu tentang kesediaanku untuk ke sekolah, sebagai seorang guru yang semasak penuh.
Apabila memikirkan perpisahan, terasa takut walhal itulah resmi kehidupan. Terkenangkan saat-saat suka duka bersama teman, konflik, kisah lucu dan ragam membuatkan aku merasa sebak. Entah kenapa semester ni, perasaan ini selalu menjengah minda di kala keseorangan. Hatiku bercampur baur, seronok ingin ke melangkah ke alam pekerjaan namun terasa tak ingin meninggalkan alam penuntut di belakang.
Apapun, hidup perlu diteruskan dan semoga esok sentiasa lebih baik untukku.