Monday, August 30, 2010

Rasionalisasi #1

"Sebelum melakukan sesuatu tindakan, fikir dulu semasak-masaknya. Rasionalkan pemikiran. Kaji dahulu akibatnya, kesannya, implikasi, sekuen, pro dan kontranya. Membuat keputusan bukan perkara mudah, kita perlu merangka dengan bijaksana strategi yang bakal diambil. Minda harus berfikir luar kotak bagi menjangka kebarangkalian dan hasil daripada tindakan".


Kebiasaannya, akibat terlalu memikirkan situasi menyebabkan kita ketinggalan. Kita sangsi akan masa depan yang bakal terjadi. Pengalaman mengajar aku, kadangkala hidup ini tidaklah begitu kompleks yang disangka.



Just Do It!!



Buat saja apa yang kamu rasakan betul dan biarkan masa depan terjadi dengan sendirinya. Dakaplah ketakutan sebelum ia menghantui diri.

Saturday, August 21, 2010

SK Bindu dalam kenangan

Jumaat lepas, genap 2 bulan aku mempraktikkan teori2 pendidikan yang aku tahu ke atas subjek sebenar iaitu anak muridku. Maaf kerana cikgu bereksprimental dengan kamu semua!Tapi kenangan bersama kalian lebih bermakna berbanding pengalaman bersama tikus putih di makmal.
Terima kasih atas kerjasama semua. Jadi, entri ni ku dedikasikan khas untuk
'anak2 tikus putihku'.


Tribute to legend P.romlee. Aku sebagai Ckgu Saari dalam masam2 manis.


Ustad Hanis ustad terlampau bermazhab kambing


Lakunan bersahaja daripada Pdaus Minhat & Azyan. Cayalah!!


Anak2!! ini bukannya gadis ayu tapi bermulut longkang


Ini sazwan serius tintong! Out of control


Peminum air 'paipbesi' di jamban lelaki di pagi Ramadan


No komen ( trpukau dengan kekachakan kalian)


Kembar syiam lain mak lain bapak di Tahun 5, Amar n Ilham


Pdaus da sweettalker sedang mememujuk 'Putra Air mata'



TQ All of you..
Harap berjumpa lagi sem depan (kalau ku masih berpraktikal di sana)

Tuesday, August 17, 2010

Arsenal away kit 2010/11

Sabtu ritu, match Arsenal-Liverpool. Aku tengok jersi kuning diraja tim meriam memang 'ganteng'. Sifat kepahlawanannya terserlah dan kena dengan jiwa. Dalam kepala, aku dah terbayang2 tubuh sasaku dibalut baju kunin seluar merun ni. Series kacak.


Malam ni akalku singkat disebabkan perut dah sendat berbuka. Menjadi seorang yang amat pemalas, justeru aku hanya mampu menggoogle gambor dan meletakkan dalam blog ni. harap kalian teruja amat!!








Baju, seluar dan stoking. Triple matching



Nike: Write the future









Amacam? niat dalam hati nak rembat sepasang. Untuk Eidurfitri. Sure gempak!! Untuk lagi detail sampai nampak tekstur2 benang, tengok di sini.


p/s : main dah cantik, baju dah cantik, bila lagi piala mau bawak balik?




Wednesday, August 11, 2010

Report : Hari Keusahawanan SK Bindu 2010

Pada 6 Ogos lalu iaitu Jumaat minggu lepas, telah berlangsungnya Hari Keusahawanan SK Bindu bagi tahun 2010. Sekolah di mana aku sedang menjalani praktikum.

Selaku guru subjek Kemahiran Hidup merangkap 'orang penting' pada tarikh tersebut, aku rasakan program ni berjaya dilaksanakan dan berjalan seperti yang dirancang. Tak sia-sia penat lelah kami (cekgu dan bebudak) selama sebulan merangka persiapan khas untuk "Jumaat Agung" ni.

Ini merupakan klimaks bagi P&P yang dijalankan dalam kelas di mana murid-murid dapat mensimulasikan teori keusahawanan dan perniagaan ke dalam situasi yang sebenar. Segala urusan bermula daripada perancangan, perlaksanaan dan pengurusan dilakukan sepenuhnya oleh murid2 tahap 2 dibantu ibubapa di rumah. Kami guru2 hanya memastikan kelancaran program dan membantu jika perlu. Ini adalah pengalaman pertama untuk aku, dan tak sangka mereka dapat menguruskannya dengan baik sekali. Tahniah!

Cakap banyak tak guna, jom layan gambar2 nih.



Sesi dimulakan dengan upacara mengemas gerai dan susun barang jualan




Antara kandid2 aku















Ini pula gambar gerai jualan cekgu-cekgi. Ada tempeyek, gerai mee soto, cendol dan macam2 lagi..





Ni gua punya servis sekali ngan member2 cekgu pelatih yang lain.
Kaunter request lagu dan teka gula2. Lagu plak asyik2 Wali Band. Bosan aku nak dengor.



Tibalah kepada waktu yang paling kritikal pada hari tu. Masa dah nak time, barang banyak lagi.
Apa lagi tunggu lagi? LELONGlah....




Dan sesi yang terakhir, masa untuk mengira untong rugi. Masa ni lah cekgu2 kena banyak bantu murid2. Yang untong kita kasi sama rata. Yang rugi cikgu2 tolong topupkan. Naseb2



Kesimpulannya, everything as planned. Dan aku bergembira yang teramat. Seminggu bende nih jadi modal bercerita. TQ SK Bindu

Tuesday, August 10, 2010

Minggir2, Ramadan datang ni...



Dengan penuh debaran, malam tadi kemunculan kelibat YM Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu di paparan televisyen merungkaikan segala persoalan dalam hati seluruh rakyat Malaysia.

Memang dah dijangka seperti tahun2 sudah, 1 Ramadhan 1431H jatuh pada hari Rabu, 11 Ogos 2010. Serta dengan resminya diistiharkan esok puasa dan secara resminya setan2 seantero dunia akan dibelenggu sehinggalah baby bulan Syawal menjelma.

Jadi apa lagi, jom kita hidup bebas tanpa satan2 durjana. No satanic rulez!!
Mari meraikan bulan ini dengan penuh ibadah. Hargailah 30 hari ni seumpama kita tak akan bertemunya lagi.
InsyaAllah. Bersama-sama kita ke arah yang lebih baik.

Bersempena bulan yang mulia, blog ni melancarkan edisi "RAMADHAN SPECIAL". Anda bakal disajikan entri2 baru yang super informative dan lebih menyelerakan setanding juadah berbuka puasa anda. Ini janji gua!! INSYA ALLAH.





P/S: Skang ni, hari jatuhnya puasa sangat2 predictable. No Suprise anymore. So, Cik anak bulan, lu mesti buat something!!!