Sunday, July 17, 2011

Hujung minggu yang sibuk

Hujung minggu ni aku amat busy
Busy bukan sikit-sikit
Busy tahap dewata raya

Dari malam berganti siang
Berganti malam balik





I'm busy doing NOTHING!!
Kah kah kah
Terus berdekah



Friday, July 15, 2011

Kah kah kah

Kah kah kah
Berdekah dekah

Kah kah kah
Tahukah?

Kah kah kah
Mana maruah

Kah kah kah
Entah

Maaf banyak ketawa lalu muntah darah






Wednesday, May 25, 2011

Luahan kalbu

Hari ni secara tak rasminya hari terakhir aku sebagai penuntut semester 7 IPG Tun Hussein Onn. Usai sahaja menjawab kertas Penyelidikan Tindakan jam 11.oo pagi bermakna merdeka sementara menunggu cuti semester. Semester depan merupakan enam bulan terakhir di sini. Enam bulan terakhir sebagai penuntut.

5 tahun di sini kurasakan sekejap, banyak perkara yang masih tertangguh dan belum tercapai. Apabila dikenang, terasa kerugian apabila peluang-peluang yang ada dipersiakan. Ilmu di dada masih banyak kurangnya dan aku masih ragu-ragu tentang kesediaanku untuk ke sekolah, sebagai seorang guru yang semasak penuh.

Apabila memikirkan perpisahan, terasa takut walhal itulah resmi kehidupan. Terkenangkan saat-saat suka duka bersama teman, konflik, kisah lucu dan ragam membuatkan aku merasa sebak. Entah kenapa semester ni, perasaan ini selalu menjengah minda di kala keseorangan. Hatiku bercampur baur, seronok ingin ke melangkah ke alam pekerjaan namun terasa tak ingin meninggalkan alam penuntut di belakang.

Apapun, hidup perlu diteruskan dan semoga esok sentiasa lebih baik untukku.

Friday, February 4, 2011

Dosa pukul sama rata

Kisah Ah Po semalam sungguh menyayat hati. Wanita tua sebatang kara.

Benar kata pujangga, seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anaknya tetapi belum tentu sepuluh anak dapat menjaga seorang ibunya.

Ditolak ke atas bawah, kiri ke kanan, depan ke belakang akhirnya terpalit ke setiap muka. Dosa pukul sama rata.

Sebak bila terkenangkan kata2 arwah nenek ; Daripada aku sakit menyusahkan anak2, beri dosa derhaka kat mereka, aku rela mati awal.

Alhamdulillah, Allah memperkenankan harapannya. Al Fatihah

Monday, January 10, 2011

Shit reheat!!!

This shit blog dah sejuk lemau. Lama gila x update. Why??? Kununnya busy study plus tenet slow cipan obesiti...

LAME!! JUST ANOTHER ESCAPISME!!!

Walhal, yang sohihnya akulah raja hangat2 tahik ayam. tahik dah mengeras jadi kapur baru nak hangatkan semula...


Another 'gajah putih projek' by me...hahhhaa totally just like me!!

Monday, August 30, 2010

Rasionalisasi #1

"Sebelum melakukan sesuatu tindakan, fikir dulu semasak-masaknya. Rasionalkan pemikiran. Kaji dahulu akibatnya, kesannya, implikasi, sekuen, pro dan kontranya. Membuat keputusan bukan perkara mudah, kita perlu merangka dengan bijaksana strategi yang bakal diambil. Minda harus berfikir luar kotak bagi menjangka kebarangkalian dan hasil daripada tindakan".


Kebiasaannya, akibat terlalu memikirkan situasi menyebabkan kita ketinggalan. Kita sangsi akan masa depan yang bakal terjadi. Pengalaman mengajar aku, kadangkala hidup ini tidaklah begitu kompleks yang disangka.



Just Do It!!



Buat saja apa yang kamu rasakan betul dan biarkan masa depan terjadi dengan sendirinya. Dakaplah ketakutan sebelum ia menghantui diri.

Saturday, August 21, 2010

SK Bindu dalam kenangan

Jumaat lepas, genap 2 bulan aku mempraktikkan teori2 pendidikan yang aku tahu ke atas subjek sebenar iaitu anak muridku. Maaf kerana cikgu bereksprimental dengan kamu semua!Tapi kenangan bersama kalian lebih bermakna berbanding pengalaman bersama tikus putih di makmal.
Terima kasih atas kerjasama semua. Jadi, entri ni ku dedikasikan khas untuk
'anak2 tikus putihku'.


Tribute to legend P.romlee. Aku sebagai Ckgu Saari dalam masam2 manis.


Ustad Hanis ustad terlampau bermazhab kambing


Lakunan bersahaja daripada Pdaus Minhat & Azyan. Cayalah!!


Anak2!! ini bukannya gadis ayu tapi bermulut longkang


Ini sazwan serius tintong! Out of control


Peminum air 'paipbesi' di jamban lelaki di pagi Ramadan


No komen ( trpukau dengan kekachakan kalian)


Kembar syiam lain mak lain bapak di Tahun 5, Amar n Ilham


Pdaus da sweettalker sedang mememujuk 'Putra Air mata'



TQ All of you..
Harap berjumpa lagi sem depan (kalau ku masih berpraktikal di sana)